Pages

Tuesday, March 9, 2010

Antara Bersin dan Menguap

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :

“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)

Bersin terjadi kerana badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah

Ini berbeza dengan orang yang menguap.

Menguap terjadi kerana badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk melakukan aktiviti.
Hal ini terjadi kerana banyaknya makan .

Sedangkan menguap menjadikan orang itu malas

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

Rasulullah bersabda:

Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dan para doktor mengatakan,

“Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahawa otak dan tubuh orang tersebut kekurangan oksigen dan nutrisi kerana organ pernafasan kurang efisien dalam membekalkan oksigen kepada otak dan tubuh.

Ini disebabkan mulut bukanlah organ yang berfungsi untuk menapis udara seperti hidung.

Maka, apabila mulut dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu dari udara akan masuk ke dalam tubuh.

Oleh kerana itu, kita mesti melawan “menguap” sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut ketika menguap dengan bahagian belakang tangan kanan atau pun tangan kiri.

Bersin adalah lawan dari menguap iatu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka bersin ini seperti mengeluarkan partikel seperti debu, haba, atau kutu, atau mikroba yang masuk ke dalam organ pernafasan.

Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab ia memberi manfaat kepada tubuh. Dan menguap datang dari syaitan sebab ia mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).

No comments:

Post a Comment

My Blog List