Pages

Friday, February 26, 2010

Kerana Engkau Insan Terpilih


Aduhai hati yang selalu gundah gulana..

Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu.

Sedangkan dunia itu sering menipumu.

Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati,

Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa.

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti..Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..?

Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya?

Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan..

sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan..

dari Tuhan sekalian alam..

Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan.

Hairan?

Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..



No comments:

Post a Comment

My Blog List