Pages

Sunday, February 28, 2010

Mengenali hidup ini

Jangan kita merungut kerana kita tidak memperoleh apa yang kita mahukan

Kerana ia mengajar kita mencari ke arah kesempurnaan




Kadang-kadang kita tidak perlu mengutamakan kemahuan kita berbanding kemahuan orang lain

Kerana ia mengajar erti pengorbanan




Kadang-kadang kita tidak tahu mengapa ia berlaku kepada diri

Tapi itulah yang akan mengajar kita mencari sesuatu pengertian




Kadang-kadang sesuatu yang berlaku tidak seperti apa yang kita harapkan

Tapi ia mengajar kita melaksanakan perubahan



Kadang-kadang kita berada di saat kelemahan

Namun, sebenarnya..ia mengajar kita mencari apa yang perlu untuk menambah kekuatan



Kadang-kadang kita sedih setelah melakukan kesalahan

Biarlah! Biarlahia berlalu kerana ia mengajar mencari pembetulan




Kadang-kadang kita ego untuk mangakui kesalahan

Namun, rasailah manisnya kemaafan seseorang




Kadang-kadang seseorang berperilaku seperti yang tidak disangka-sangka

Tapi memang benar setiap manusia melakukan kesalahan

Dan mengajar kita menilai kesalahan supaya kita dapat mengubah keadaan

Bukannya kita yang terkena tempias kesalahan tersebut

Apatah lagi simbahan kesalahan




Ingatilah diri…

Bahawa setiap perkara yang berlaku..

Mengajar kita mengenali kehidupan

Mengajar kita mengenali Tuhan




Ingatilah diri…

Masakan perkara-perkara tersebut akan menjadi pengajaran

Andai kita tidak mahu belajar

Kerana tidak memandang ia sebagai satu pelajaran…



Ingatilah diri ini dan dirimu...

Hayatilah kata-kata di atas dengan mata hati iman



"Semua orang mencari kebahagiaan..Tapi ingatlah kebahagiaan tidak semestinya apa yang kita mahukan tapi apa yang kita perlukan..."

Wallahu a3lam..

(Ya Allah berikan kami kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat)

No comments:

Post a Comment

My Blog List